Bekam & Urut Di KUANTAN | Kisah Mistik Darah Bekam, Sakit Pinggang, Resdung dan Alahan | Alhamdulillah, walaupun keletihan memandu dari Putrajaya ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Ijtimak 'Alami baru-baru ini di Rusila, Terengganu, saya masih sempat memenuhi permintaan sahabat yang ingin berbekam.
Walaupun tidak sampai sehari saya dapat mengikuti hari terakhir Ijtik 'Alami tersebut namun banyak kenangan yang indah dapat dirasai, Aura ulamak itu setidak-tidaknya dapat dirasai oleh orang yang menghadiri Ijtimak 'Alami setelah 21 tahun daripada Ijtimak ini pada tahun 1993. Pada ketika itu saya baru sahaja darjah 1.
Kenangan di Ijtima''Alami ini tidak dapat diungkap dengan kata-kata, mujurlah Allah memberi ruang untuk saya dan isteri dapat bersama-sama hadir ke Ijtima' kali ini walau sekejap.
Seusai balik dari Terengganu, esoknya saya berbekam 2 orang tokey bengkel lori yang saya postkan di dalam facebook saya sebelum ini. sepanjang 3 jam saya berbekam 2 orang yang penuh dengan pengalaman ini macam-macam cerita yang dapat dikongsikan. yang menarik perhatian saya adalah kisah mistik yang mereka ceritakan kepada saya.
Saya hanya mendengar apa yang mereka ceritakan berkenaan di dalam darah terdapat jin dan jin keluar daripada darah kotor yang dibekam, rumah berhantu, badi bekam dan sebagainya.
Saya tidaklah fanatik terhadap perkara-perkara tersebut kerana saya bukanlah ahli dalam bidang sedemikian. Walaubagaimanapun untuk percayakan setiap kenyataan tanpa ada pertimbangan secara saintifik dan juga tanpa melihat kepada keadaan seseorang itu, bagi saya ianya tidak boleh diceritakan kepada umum.
Sebagai seorang jurubekam saya seringkali diajukan masalah berkaitan Resdung, alahan, Sakit Pinggang, Strok malah bermacam-macam lagi masalah kesihatan yang dialami. Saya suka menerapkan elemen Punca sesuatu penyakit itu terjadi, kadangkala penyakit yang dihidapi ini terjadi setelah 10 tahun kita berada dalam keadaan sihat.
Adakah Allah taala zalim memberikan kita kesakitan itu, kadangkala sekali bekam sahaja, sudah sembuh, ada yang makan masa 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan malah satu tahun untuk sembuh dengan kaedah bekam. Itu pun sudah cukup bahagia kerana sudah 10 tahun kita sihat.
Bila direnung kembali, sakit yang Allah timpakan pada kita adalah sebagai ujian untuk kita samada kita dapat mengingati Dia atau tidak. Walauapapun sakit yang menimpa kita, hikmah itu tetap ada. Sabar dan berusahalah untuk sembuh.
Saya hanyalah tukang bekam atau jurubekam yang hanya sebagai peantara sahaja, saya hanya membantu saudara-saudara sekalian. Kadangkala saya juga jatuh sakit. Semoga Allah memberi perlindungan kepada kita semua daripada sakit supaya dapat meningkatkan amalan. Amin...
Untuk Temujanji Bekam & Urut Di PUTRAJAYA & KUANTAN
Sila Hubungi : 019-997 8427 (Asyraf)