Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI KUANTAN

$
0
0
KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI KUANTAN | Assalamualaikum wbt. Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu ini terbuka untuk lelaki dan wanita, sesuai untuk orang yang ingin menjadikan bidang urut ini menjadi sebuah karier atau pun setidak-tidaknya untuk kegunaan sekeluarga.

KURSUS REFLEKSOLOGI & URUTAN TRADISIONAL MELAYU DI KUANTAN

APA OBJEKTIFNYA?

Antara objektif Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu ini adalah untuk melahirkan juruurut yang bertauliah dan berkemahiran tinggi, menjadikan bidang urut sebagai karier dan sebagai kegunaan keluarga.

BILA DIADAKAN?

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu ini adakan diadakan di Akademi Ar Rasyidin yang bersebelahan Tunas Manja Beserah Kuantan pada 30 & 31 Mei 2015 iaitu pada hari Sabtu & Ahad.

SIAPA PENCERAMAHNYA?

Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu di Kuantan ini akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Muaz Mohammad & Pn. Norazlin dari Pusat Rawatan Al Mizan Sg. Petani, Kedah. Ustaz Muaz & Pn. Norazlin adalah Juruurut sepenuh masa yang berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang urut.

SIJIL?

Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan daripada Kolej Komuniti Kuantan yang mana Kolej Komuniti Kuantan adalah rakan strategik pihak kami dalam menjayakan program ini bagi melahirkan juruurut bertauliah dan berkemahiran.

YURANNYA BERAPA?

Yurannya hanya RM 350 seorang bagi 2 hari kursus tersebut, termasuk buku modul dan makan minum. dan duit deposit RM 200 perlu dibayar untuk tujuan confirmation dan pendaftaran. dan bakinya boleh dibayar semasa program berlangsung. Bukti pembayaran perlulah dilampirkan.

KALAU SAYA TAK JADI JOINT TAPI YURAN DEPOSIT DAH BAYAR, APAKAH DUIT DEPOSIT SAYA DIKEMBALIKAN?

Duit deposit akan dikembalikan separuh sahaja jika pembatalan dibuat seminggu sebelum Program iaitu pada 23/5/2015 (Sabtu). Namun jika Pembatalan dibuat dalam seminggu sebelum program, duit deposit tidak akan dikembalikan.

BAGAIMANA SAYA INGIN MENDAFTAR?

Pendaftaran boleh dibuat dengan SMS/WASAP Nama Penuh dan juga no.Kad Pengenalan untuk tujuan pengeluaran sijil

SIAPA UNTUK SAYA HUBUNGI?

Tuan-tuan & puan-puan boleh menghubungi talian 019-997 8427 En. Asyraf sebagai urusetia program ini.

Sekian terima kasih atas perhatian tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke Kursus Refleksologi & Urutan Tradisional Melayu di Kuantan nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123