Blogger Bekam | Popularkan Bekam Di Kalangan Blogger | Saya mengucapkan terima kasih kepada Ben Ashaari, Kaki Sembang, dan Queachmad, dan kawan-kawan blogger semua yang memperkenalkan saya ke dunia blog ini. Sesungguhnya, dunia blog ini tidaklah meluas dipandangan saya jika kalian tidak membuka jalannya.
Terima kasih tidak terhingga sekali lagi untuk kalian yang sudi berkongsi ilmu dalam dunia blog ini. Menghampiri 2 tahun saya dalam dunia bekam ini, tidak dapat tidak dunia blog ini perlu diteruskan bagi tujuan mempromosikan bekam ini di kalangan masyarakat.
Blogger pula amat rapat dengan masyarakat yang kini menjadi trend kepada semua pengguna alam maya malah syarikat korporat pun kini telah menjadikan blogger sebagai medium pemasaran yang utama kerana amat menjimatkan kos pengiklanan berbanding dengan iklan di televisyen atau radio.
Walaupun blog ini kenampakan seperti blog informasi, namun saya cuba merubah blog ini sebagai medium untuk mendekatkan anda tentang peri pentingnya bekam dalam kehidupan kita. Sebagai seorang muslim, bekam tidak menjadikan perubatan yang asing di kalangan kita, namun yang menghairankan kita perubatan ini popular di kalangan bukan islam samada bekam darah atau pun bekam angin berbanding dengan ummat Islam itu sendiri.
Saya cuba mengangkat martabat bekam ini sesuai dengan keajaibannya dalam dunia perubatan moden hari ini. Walaubagaimanpun, ianya memerlukan komitmen dan bantuan daripada anda semua terutama kepada pakar-pakar blog. Tidak lupa juga kepada blogger politik tanah air, Dalam mengharungi hiruk pikuk dunia politik tanah air, sudah tentu perkara kesihatan ini tidak boleh diambil mudah, kesihatan dan dunia politik adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Akhir kata, perubatan bekam dalam kehidupan moden hari ini amatlah diperlukan oleh kita semua tidak kira di dunia mana kita berada, tanggungjawab ini perlu digalas bersama-sama dalam memartabatkan bekam ini setidak-tidaknya untuk diri sendiri dan keluarga. Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan anda semua untuk menjadikan bekam ini sebagai rutin dalam kehidupan kita.
Wallahuaklam