Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016

$
0
0
KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016 | Saya mulakan dengan Bismillah dan tersebutlah sebuah kisah seorang pemuda yang terdesak dan teringin mencari pendapatan sampingan. Maka dicubalah pelbagai perniagaan tanpa ada ilmu di dada. Bermula dengan pelaburan restoran dan ribuan ringgit telah pun dilaburkan dan atas dasar percayakan rakan maka leburlah akibat kebobrokan pengurusan. Maka tersungkurlah malah terpalit taik ayam pula pemuda itu. Aduiiii...


"apalah nak buat lagi ni"...rungut hatinya. Sebelumnya pelaburan ikan kelinya sudahlah lingkup ditambah dengan pelaburan restoran pula. Kad kredit usah ditanyalah. Peluang itu tetap ada kerana Allah akan menguji hambanya dengan kemampuannya. Itulah kepercayaan pemuda itu. TETAP.

Jam, telefon klone menjadi fenomena suatu ketika dahulu. inilah peluang yang ditunggu-tunggu, bersama rakan pemuda itu mencuba bisnes ini. namun biasalah tanpa ilmu. habis lingkup semuanya. KHALASS.

Ini adalah permulaan dalam sebuah bisnes, pengalaman jatuh bangun dalam dunia bisnes bukanlah kegagalan tetapi pengalaman yang sangat berharga. Pemuda itu dapat belajar erti kesabaran, setia kawan dan bersyukur.

SEHINGGALAH suatu hari seorang kawan membawa pemuda tersebut ke KURSUS ASAS BEKAM. Dia tidak tahu bahawa bisnes ini yang membawa dia ke dalam bisnes yang sangat mencabar. Baginya desakan hidup menjadi punca dia sebegitu. Bekam sangat serasi dengannya itulah yang dirasakan pemuda itu.

Maka bermulalah pengembaraannya sebagai jurubekam. 

KURSUS BEKAM DI TERENGGANU. Pengembaraan di Terengganu sangat mengujakan pemuda tersebut. Diagnos Tapak Tangan, Refleksologi, Kiropraktik, Bekam dan Herba dirangkupkan sekali di dalam 2 hari kursus bernilai RM 500.00. Pengalaman yang begitu berharga namun tidak cukup berkesan bagi pemuda tersebut.

KURSUS URUT SARAF DI SELANGOR. Pengembaraan diteruskan ke Selangor dengan mempelajari Urutan Saraf yang bernilai RM 1000.00 dalam kursus 1 hari ditambah dengan produk-produk untuk menguatkan tubuh badan. Nilai pengalaman ini tidak boleh diukur namun ianya tidak ada apa-apa yang memberi kesan kepada pemuda itu. KOSONG.

KURSUS REFLEKSOLOGI DAN URUTAN TRADISIONAL MELAYU di Batu Caves. Pengembaraan demi pengembaraan dalam bidang ini dalam mengutip ilmu-ilmu. Kursus yang bernilai RM 350.00 dalam satu hari ini sangat memberangsangkan namun ianya sekadar menambahkan lagi kekosongan di dada.

KURSUS KEMAHIRAN ASAS BEKAM di Teluk Intan. Pengembaraan ke Teluk Intan adalah menjadi titik tolak dalam ilmu pemuda ini. apa yang beliau inginkan dan persoalan yang penuh tanda tanya itu terungkap sedikit demi sedikit namun ianya masih tidak mencukupi.

GOOGLE, FACEBOOK dan IMPLIKASI UNDANG-UNDANG dihadam pemuda ini dan ianya bukan keseorangan. Malahan puluhan ribu orang yang sama dengan beliau.
_______________________________________________________________________

Ceritera di atas bukanlah asing bagi seorang perawat Tradisional dan Komplementari, semuanya ada kisah tersendiri. Aku mengambil pengajaran bagi seorang perawat muda mesti mempunyai MENTOR yang memberi jalan yang betul dalam menyelusuri arus permodenan, undang-undang dan kursus yang wajib di ambil. Dengan ekonomi yang membungkam poket dan jiwa tidak harus perawat muda dilepaskan begitu sahaja dalam dunia yang sangat mencabar ini.

DEMI SEBUAH IKATAN aku membina sebuah TEAM BEKAM KUANTAN yang dianggotai oleh 10 orang anak muda. Mereka diberikan tunjuk ajar daripada guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman. Aku tidak akan melepaskan mereka seperti aku dilepaskan dan terumbang ambing dalam dunia aku sendiri. Aku tidak mahu mereka menjadi seperti pemuda di atas. Walaupun ianya bagus untuk ilmu namun pemuda tersebut hanya keseorangan namun di dalam TEAM BEKAM KUANTAN ini mereka tidak keseorangan dan akan mengikuti kursus-kursus sebagaimana pemuda tersebut. Bezanya mereka punyai team dan pemuda itu tiada.

OLEH YANG DEMIKIAN KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016 ini dirangka dan dibuka untuk anda semua.

Inilah kursus dasar yang perlu anda hadiri, saya tidak mahu anda menjadi seperti pemuda di atas, mengutip ilmu di pelbagai pengembaraan itu bagus, namun dalam dunia kesempitan wang ini, pengembaraan itu perlu ditangguh dahulu. HADIRLAH ke KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016.

Anda akan ditauliahkan 2 orang Doktor yang berpengalaman dalam bidang ini dan juga seorang daripadanya Pakar Hematologi.

Tidak kira siapa anda, tidak kira di mana anda berada, tidak kira berapa umur anda, KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016 terbuka untuk anda semua.

SEBARANG MAKLUMAT LANJUT anda bolehlah menghubungi saya di talian 019-997 8427 (ASYRAF)

Anda ingin tahu siapa pemuda tersebut, jom hadir ke KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016.

Andalah yang kami cari sebenarnya. Andalah harapan kepada masyarakat yang memerlukan khidmat anda. Anda memerlukan peluang ini. Anda WAJIB hadir ke KURSUS ANATOMI DAN FISIOLOGI QSI DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN PAHANG PADA 30 SEPTEMBER - 4 OKTOBER 2016.

HUBUNGI SEKARANG : 019-997 8427 (Asyraf)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123