Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

MENGURUT DENGAN JIN [KISAH PELIK-PELIK ORANG MELAYU]

$
0
0
MENGURUT DENGAN JIN [KISAH PELIK-PELIK ORANG MELAYU] | Adakah korang pernah dengan cerita orang-orang tentang mengurut dengan jin ni. Aku bukan nak bawak cerita-cerita karut macam ni, tapi adalah orang cerita kat aku tentang hal-hal macam ni. Memang percaya tak percaya sama banyak.

Kisahnya di Kuantan, seorang akak ni kerja tukang jahit, satu hari akak ni pergi mengurut di satu tempat di Kuantan, aku tak nak la bagitau kat mana tempatnya, kang korang pergi cari pulak. 

Alkisahnya bermula dengan akak tu pergi mengurutlah, lepas tu selepas 2, 3 kali pergi mengurut makcik tu meminta dia mengurut pulak makcik tu. lama-lama setiap hari dia pergi ke rumah makcik tu sehingga dia tidak sedar yang beliau sudah 3 bulan tidak bukak kedai jahitnya kerana sibuk ke rumah makcik tu untuk mengurut makcik tu.

Satu hari beliau tersedar daripada lamunan tu, beliau menggapai baju arwah ayah dia dan pergi ke rumah makcik tu, makcik tu marah-marah kerana beliau memakai baju arwah tersebut.

"Kenapa ko ni pakai baju arwah ni". Tau tau pulak dia yang baju ni baju arwah ayah kakak tu. Selepas daripada peristiwa tersebut, beliau didatangi lembaga berupa dengan makcik tu setiap kali selesai daripada solat. Sejak daripada peristiwa tersebut, beliau sudah tidak berjumpa dengan makcik tu lagi.

Peristiwa ini aku nak percaya tak percaya sama banyak, betul ke tidak aku pun tak tahu. Mungkin korang buleh kongsi sendiri pengalaman korang.

Apa-apa pun Kisah Pelik-Pelik Orang Melayu ini tidak asing lagi daripada dulu sampailah sekarang.

Dalam Sinar Harian tahun lepas ada orang cerita pasal Tukang Urut Guna Jin ni, cuba rujuk Link ni http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kisah-mengurut-dengan-jin-1.454918.

Namun tidak semua tukang urut guna Jin,  entah jin entah Psiko je...

WALLAHUAKLAM

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123