BEKAM SEKARANG INI MACAM-MACAM | BEKAM MURAH DI KUANTAN | Assalamualaikum semua, selamat pagi dan salam 2 Safar 1438H. Hari ni saya nak tulis sikit pasal bekam ni macam-macam ada nama, bekam ni asalnya dikatakan bermula pada zaman nabi Musa AS lagi. Selepas tu dipendekkan cerita bila sudah sampai zaman Nabi Muhammad SAW ia dikuatkan pula dengan hadith-hadith nabi yang memperakui keberkesanan perubatan itu sendiri.
Bukan setakat bekam sahaja perubatan dalam Islam ni, Madu, Habbatusauda, Bawang Putih dan macam-macam lagi. Ditambah pula perubatan turun temurun pada zaman sahabat juga dibenarkan dalam Islam seperti menabur garam untuk menghalau jin dan diperakui berkesan untuk memagar rumah, walaupun tiada dalam hadith namun ianya tidak menyalahi akidah dan ini adalah wujud di zaman sahabat. Walaubagaimanapun kita kena la belajar ayat-ayat suci Al Quran untuk mempelajarinya.
Kita berbalik kepada bekam pula, bekam zaman kita ni macam-macam ada, bekam darah,bekam kering, bekam darah, bekam angin, bekam api, bekam lintah dan macam-macam lagi lah nama bekam ni, hakikatnya bekam ini adalah suatu yang dibenarkan oleh syarak dan diperakui keberkesanannya dengan adanya dalil-dalil dalam hadith nabi SAW.
Walaubagaimanapun, sekarang ini agak susah untuk pihak perubatan moden menerima bekam ini sebagai perubatan utama. Tidak tahulah kenapa, mungkin kerana nama ISLAMnya mungkin.
Apa-apa pun, bekam ini tidak boleh diluputkan daripada orang Islam, kita wajib mempelajari ilmu bekam ini dan sepatutnya para doktor menjadi tenaga pengajar dan menyokong pihak-pihak perubatan tradisional ini untuk berkhidmat kepada masyarakat. Tunjuk ajar dan sokongan daripada para doktor sangat perlu terutama doktor-doktor yang beragama Islam. Doktor tak boleh buat bekam selagi dia berkhidmat sebagai doktor berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia(MPM) kerana dikekang etika kedoktoran. Oleh itu, para doktor mesti membantu pihak kami yang kurang ilmu ni jika tidak sudah tentu ilmu bekam ini akan luput ditelan zaman, tidakkah UMMAT ISLAM yang rugi.
Kami di PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAH TAMAN TAS KUANTAN, sangat mengalu-alukan para doktor moden memberikan tunjuk ajar terutama dalam bidang anatomi badan manusia, fisiologi penyakit dan teori-teori lain yang dapat membantu kami dalam bidang perubatan bekam ini.
PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAH TAMAN TAS KUANTAN juga menyeru para doktor sekalian untuk memberikan sokongan padu terhadap pusat-pusat rawatan tradisional ini agar pusat-pusat rawatan tradisional ini memenuhi standard prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kepada para penduduk Kuantan, datanglah ke PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAH TAMAN TAS KUANTAN untuk berbekam, mengurut, refleksologi dan pelbagai lagi rawatan tradisional yang sesuai untuk anda.
Anda yang sedang mencari pusat bekam murah di Kuantan, Anda yang sedang mencari pusat urut murah di Kuantan, datang ke PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAH TAMAN TAS KUANTAN
Anda mencari Pusat Bekam di Taman Tas Kuantan? datanglah Ke PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAH TAMAN TAS KUANTAN sekarang.
Hubungi saya sekarang UNTUK DAPATKAN HARGA PROMOSI dari kami.
019-997 8427 (Asyraf)