Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

PELUANG KERJA KOSONG DI KUANTAN | JURUBEKAM, JURUURUT, JURUFACIAL, JURUREFLEKSOLOGI DIPERLUKAN

$
0
0
PELUANG KERJA KOSONG DI KUANTAN | JURUBEKAM, JURUURUT, JURUFACIAL, JURUREFLEKSOLOGI DIPERLUKAN | Anda pandai bekam, anda pandai urut, anda pandai facial, anda pandai urut batin, anda pandai urut bersalin, anda pandai rawatan Islam, tetapi anda tidak mempunyai pasukan untuk melebarkan perkhidmatan anda? maka marilah kita bersama-sama membina PASUKAN itu. 

Pusat Rawatan Iman Al Hijamah memerlukan SEORANG yang berpengalaman untuk bersama-sama berkhidmat di bawah Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan sekurang-kurangnya SATU kemahiran dalam bidang bekam, urutan badan, facial muka, refleksologi kaki, rawatan islam dan lain-lain. 

"ANDA tidak perlu untuk mahir atau pandai kesemuanya kerana dengan satu pasukan kita boleh menjadi mahir kesemuanya".

JURUBEKAM DIPERLUKAN DI KUANTAN

JURUREFLEKSOLOGI DIPERLUKAN DI KUANTAN


Peluang pekerjaan ini dibuka kepada LELAKI atau PEREMPUAN yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang bekam, urutan badan, facial muka, refleksologi kaki, rawatan islam dan lain-lain.

Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan adalah Pusat Rawatan yang hanya memiliki keluasan 20 kaki persegi dan memuatkan 2 orang pesakit sahaja sejantina, sekawan, sesaudara dalam satu-satu masa.

Kami memerlukan seorang PERAWAT sepenuh masa yang mempunyai kemahiran ataupun kepandaian sekurang-kurangnya SATU kemahiran dalam bidang bekam, urutan badan, facial muka, refleksologi kaki, rawatan islam dan lain-lain.

Setakat ini, kami mempunyai 5 perawat separuh masa yang menjadi tenaga penggerak. dalam masa setahun pusat ini beroperasi, kami mempunyai feedback yang baik dan oleh sebab kekangan yang ada pihak kami tidak dapat memberikan khidmat yang menyeluruh. 

JIKA anda mempunyai ciri-ciri di atas, mempunyai masa terluang dan mempunyai kepandaian dalam ilmu ini, anda boleh lah datang untuk sama-sama mengasah bakat anda sekaligus dapat menambah pendapatan seisi keluarga. 

Antara syarat UTAMA untuk menjadi perawat adalah seperti berikut :-

1. Solat 5 waktu
2. Menutup aurat
3. Tidak hisap rokok
4. Rajin
5. Jujur 
6. Boleh mengikut arahan dari semasa ke semasa.

Antara Syarat-syarat KHUSUS untuk menjadi perawat di Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan adalah :-

1. Mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya SATU kemahiran dalam bidang berikut :-
  • a) Bekam
  • b) Urutan Tradisional Melayu
  • c) Facial Muka
  • d) Refleksologi
  • e) Hot Stone
  • f) Urutan Batin
  • g) Urutan Bersalin
  • h) Kiropraktik
  • g) Rawatan Islam
  • i) dan lain-lain lagi amalan 

2. Umur : 18 - 50 tahun
3. Mempunyai kenderaan sendiri-Motor atau kereta
4. Lelaki atau perempuan

Antara tugas yang perlu dilakukan sebagai perawat adalah :-

1. Merawat
2. Membersihkan kedai setelah digunakan
3. Membuat temujanji-temujanji untuk diri sendiri malah untuk rakan-rakan perawat yang lain jika perawat tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk merawat.

Pendapatan :- 
  • 70% - 80% komisen setiap orang yang dirawat.
Masa Pejabat :-
  • 9.00 pagi - 5.00 petang
  • Temujanji dibuat selepas pukul 5.00 petang juga boleh dibuat. Temujanji terakhir adalah pada jam 9.00 malam

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya segera di talian :

019-997 8247 ( Asyraf)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123