Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

MENGAPA TANGAN DAN KAKI SAYA BERPELUH-PELUH | BAGAIMANA MENGUBATI TANGAN BERPELUH

$
0
0


MENGAPA TAPAK TANGAN DAN KAKI SAYA BERPELUH-PELUH | BAGAIMANA MENGUBATI TAPAK TANGAN DAN KAKI BERPELUH | Berkenaan permasalahan ini saya telah menyentuh sedikit di dalam artikel lalu iaitu "Bekam Dapat Mengubati Tangan dan Kaki Berpeluh" .

Cara Merawat Tapak Tangan Berpeluh

Perlu kita fahami bahawa kenapa gejala ini berlaku pada sesetengah orang. Walaupun perkara itu tidak terjadi kepada sanak saudara kita namun sebagai hidup bermasyarakat kita perlu membantu kawan-kawan kita yang mempunyai tangan berpeluh ini.

Sudah tentu, mereka rimas dan paling teruk ianya akan membawa kepada kemurungan yang melampau akibat rasa rendah diri di dalam diri pengidap penyakit ini.

Di dalam kes yang teruk, baju terpaksa ditukar beberapa kali dalam masa sehari. Peluh yang banyak pada tapak kaki pula akan menimbulkan masalah terutama apabila memakai selipar getah kerana sering tercabut. Penyakit ini juga boleh menjejaskan karier seseorang terutama pada mereka yang sering berinteraksi dan berjabat tangan ataupun mereka menggunakan benda tajam seperti pisau.

Ini adalah kisah sebahagian sahaja tekanan yang terpaksa ditanggung oleh pengidap penyakit tangan dan kaki berpeluh ini atau dikenali juga sebagai hyperhidrosis.

Kaedah moden untuk menyelesaikan masalah hyperhidrosis ini adalah dengan pembedahan. Cara yang terkini ialah melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). Penggunaan ETS ini telah merubah cara rawatan penyakit hyperhydrosis daripada rawatan menggunakan ubat-ubatan kepada pembedahan.

Keberkesanannya dilaporkan sehingga 98% dengan kesan samping yang sangat kecil. Di antara kesan samping yang dilaporkan termasuk kerosakan saraf frenik, saraf brachial plexus, Sindrom Horner, perdarahan ruang paru-paru dan pneumothoraks. Tetapi semua komplikasi tersebut adalah sangat kecil iaitu pada kadar 1%. Komplikasi yang paling kerap dilaporkan ialah ‘Perpeluhan di tempat lain’ (Compensatory sweating) iaitu pada kadar 40%. Pesakit biasanya mengadu berpeluh pada badan atau peha selepas daripada pembedahan dijalankan. Ia boleh jadi sementara ataupun berkekalan.

Pembedahan ETS dilakukan selepas pesakit diberi bius menyeluruh(general anesthesia). Endoscope berbentuk Y akan dimasukkan ke dalam ruang paru-paru melalui luka sebesar 2cm di bawah ketiak. Saraf simpatetik ke 2 – 4 akan dikenalpasti melalui kamera pada endoskop tersebut dan seterusnya akan dipotong menggunakan mesin diathermi. Selepas luka dijahit, prosedur yang sama akan dilakukan di paru-paru berikutnya. Biasanya pesakit akan dibenarkan pulang pada hari berikutnya.

Secara kesimpulannya, ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.

CARA MURAH DENGAN BERBEKAM BAGI MENGUBATI PENYAKIT TAPAK TANGAN DAN KAKI BERPELUH

Saya mempunyai beberapa orang pesakit yang mengalami masalah hyperhidrosis atau tapak tangan dan tapak kaki berpeluh ini di mana saya menggunakan 17 point bekam termasuk 6 point di kaki. Saya mengesyorkan agar dibuat bekam selama 3 bulan berturut-turut bagi melihat keberkesanan bekam, Alhamdulillah setelah 2 kali sesi bekam dijalankan didapati pengeluaran peluh di kaki berkurangan. Insyallah sesi seterusnya akan diteruskan sehingga benar-benar sembuh,

Walaubagaimanapun, bekam 17 point + 6 point ini bergantung kepada kondisi tekanan darah pesakit sebelum dibekam.

Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan dibuka dengan 100% Appointment. Anda mempunyai masalah tapak tangan dan kaki berpeluh boleh datang ke Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pusat Bekam Taman Tas Kuantan tidak lain dan tidak bukan adalah Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan.

Bekam Murah Taman Tas Kuantan adalah tidak lain dan tidak bukan, jua Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan

Pusat Bekam di Taman Tas tidak lain dan tidak bukan adalah Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan.

Buat appointment anda sekarang dan datanglah ke Pusat Rawatan Iman Al Hijamah Taman Tas Kuantan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123