Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

[DATUK AWIE DIKECAM PAN KERANA KONSERT DI KELANTAN] DATUK AWIE JAWAB DENGAN SELAMBER JER

$
0
0
[DATUK AWIE DIKECAM PAN KERANA KONSERT DI KELANTAN] | DATUK AWIE JAWAB DENGAN SELAMBER JER | Viral semalam lagi cerita yang Datuk Awie atau nama sebenar beliau Datuk Ahmad Azhar Othman yang mana program Kelantan International Bike Week 2017 yang berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang diadakan pada 7 dan 8 Julai 2017.

Aku pelik betul la dengan geng-geng PAN ni. Ni aku panggil PAN ni pun tak boleh, kena panggil Amanah. Nak muntah aku panggil Amanah. Wat lari kerusi nak panggil Amanah.

Ini bukan cerita pasal kerusi, ini cerita pasal Konsert Awie malam tadi di Stadium Sultan Muhammad IV. Konsert Awie malam tadi adalah kemuncak program Kelantan International Bike Week 2017. Pada paginya Awie N The geng motor besar mereka tu memenuhi jemputan Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ di Kg. Meranti, Pasir Mas

Maahad Tahfiz Daril Ulum - MAFIZ di Kg. Meranti, Pasir Mas

Yang PAN kritik adalah program konsert Awie semalam, siap ada gambar bukti lagi. Berlakunya percampuran lelaki dan wanita, gambar Awie dengan aweks motor besar yang tak pakai tudung.

Paling win sekali adalah dia persoal sekali tindakan PBT tentang konsert dikir barat oleh Ayue Rosalinda penyanyi dikir barat yang terkenal di Kelantan.

Kecaman-kecaman mereka geng-geng PAN ni nampak baik, berjurus, jujur TAPI SEBENARNYA PENUH KEBENCIAN KEPADA PAS. 

Mereka ni merasakan bahawa mereka ni lah ISLAM yang sebenarnya, lepas tu dok tanam ISLAM ni bukan untuk PAS sahaja. ISLAM ni bukan PARTI. ISLAM ni ISLAM, bukan parti-parti. Kepala bana betullah fikrah macam ni.

Korang baca satu-satu yer apa kecaman mereka ni. Aku cut & paste daripada FB mereka.

KECAMAN NO. 1 : Kaitkan Awie dengan Kelab Malam dia.


KELAB MALAM AWIE

KELAB MALAM AWIE


KECAMAN NO. 2 : Kaitkan Awie adalah Macai UMNO dan Puak PAS dah kena bohong dengan Awie sebab dh agung-agung kan Awie.

AWIE ORANG UMNO

AWIE ORANG UMNO

KECAMAN NO. 3 : Kaitkan dengan Ucapan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man tentang tenguran aurat pada bulan puasa yang lalu. Nampak kan ISLAM PAN di situ.



KECAMAN NO. 4 : Ini yang paling win, kebetulan pulak malam tadi jugak ada konsert dikir barat kat kenduri kahwin di Kg. Berangan oleh Ayue Rosalinda, Penyanyi Dikir Barat yang terkenal di Negeri Kelantan. AKU TAK BUBUH LAH GAMBAR-GAMBAR DIA. SEKSI SANGAT.
PENGESAHAN SHOW ROSALIND DI KENDURI KAHWIN

SELEPAS KENA KECAM NI AWIE DENGAN SELAMBER JE JAWAB

JAWAPAN AWIE SELEPAS KONSERT MEREKA DIKECAM PAN

Padan muka PAN ni, mereka rasa mereka ni lebih baik dari PAS sampai sanggup kaitkan cerita-cerita dan buat drama agar orang benci PAS.

NI AKU NAK CITER DENGAN KORANG YANG TERHASUT DENGAN CERITA PAN NI.

Kerajaan Negeri Kelantan dah kuatkuasakan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998. Korang mintak dengan MPKB-BRI la enakmen ni, aku malas la nak bagi semua. 

Yang korang nak pergi salahkan Kerajaan Negeri Kelantan pasa buat Konsert Awie malam tadi ni kenapa? Dah terang-terang Exco-Exco Kerajaan Negeri terlibat sama dalam penganjuran tersebut takkan lah penganjur program tersebut tak dapat lesen? Syarat nak dapat lesen ni pulak kenalah patuhi Enakmen tu.

Yang korang gi kait dengan Konsert Ayue Rosalinda tu apa pasal. Aku percaya sikit lagi PBT akan carilah siapa penganjur kenduri kahwin tu. Aku tak tahu la pulak Enakmen tu terpakai atau tidak di kenduri kahwin.

Last sekali, Sebarang kelemahan di dalam penguatkuasaan Enakmen tersebut tidaklah sama sekali boleh menafikan hasrat positif yang terkandung di dalamnya.

Kalau korang tengok lelaki perempuan dalam konsert tu, korang terus nak blame Kerajaan Negeri Kelantan.

Korang Pikir-pikir la sendiri yer.

by : Tinta Asyraf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

Trending Articles