Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

[Tips Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa]

$
0
0
[Tips Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa] | Adakalanya kita mengalami sakit kepala ketika berpuasa, sedangkan sebelum ini kita tidak pernah sakit kepala pun di bulan-bulan yang lain. Kenapa hal ini sering terjadi malah sering mengganggu prestasi kerja kita di saat kita berpuasa. Berikut adalah punca terjadinya sakit kepala ketika anda sedang berpuasa

Tips Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa

Dihidrasi 

Dihidrasi atau kekurangan air di dalam badan, seperti mana yang kita ketahui bahawa otak manusia memerlukan 75% air dan ia amat sensitif terhadap jumlah air yang ada padanya. Apabila otak mengesan air terlalu rendah maka ia akan menghasilkan histamin. Pada asasnya penghasilan histamin adalah proses catuan air dan pemuliharaan untuk melindungan otak dalam kes kekurangan air yang berpanjangan. Pelepasa histamin yang berterusan ini menyebabkan kesakitan, keletihan dan sakit kepala.

Sakit kepala yang kuat akan menyebabkan pesakit akan muntah dan jika pesakit muntah pesakit mengalami Dihidrasi yang teruk.

Ketagihan Kafien 

Sakit kepala biasa berlaku pada waktu tengahari setelah beberapa jam berpuasa atau sebelah petang sebelum waktu berbuka puasa.Ketika ini tubuh telah mula merasa lemah kerana tubuh tidak mendapat bekalan nutrien dan kadar gula dalam tubuh menurun, tubuh mula kehilangan air dan mulai merasai ketagihan kafien.

Kekurangan Gula (Hypoglycaemia)

Pandangan untuk mengambil makanan manis ketika bersahur dengan banyak untuk membekalkan tenaga di saat berpuasa di siang hari. Ironinya ia bertentangan dengan kitar fisiologi tubuh badan kita di mana jika makanan manis diambil dengan banyak ketika bersahur ini akan menyebabkan kadar kepekatan gula akan naik mendadak dan menyebabkan insulin keluar dengan mendadak bagi menurunkan kepekatan gula. Selepas beberapa jam, setelah insulin keluar dengan banyak, maka kadar gula akan rendah dan terjadilah sakit kepala.

Stress

Stress juga menjadi punca kepada sakit kepala, elakkan daripada sikap panas baran, tidur yang berlebihan atau tidak mencukupi ianya akan mendatangkan sakit kepala.

BAGAIMANA MENANGANI SAKIT KEPALA DI BULAN PUASA

Tips untuk mengurangkan sakit kepala ketika berpuasa ini adalah seperti berikut :-

1. Minum 2 gelas air ketika berbuka
2. Minum 2 gelas air sebelum terawih
3. Minum 2 gelas air selepas terawih
4. Minum air 2- 3 atau lebih gelas air ketika bersahur

5. Elakkan makanan manis terlalu banyak

6. Makanlah tamar atau rutob, sayur-sayuran seperti labu amatlah digalakkan, makanan ini tinggi dengan serat.

Rujukan Asal : http://drzubaidi.com/blog/mengurangkan-sakit-kepala-ketika-berpua/

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

Trending Articles