Quantcast
Channel: CERITA SI TUKANG BEKAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI | Fitrah Diri Mahu Sihat Kekal Sihat Boleh Ibadah

$
0
0
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2015 | Fitrah Diri Mahu Sihat, Kekal Sihat dan  Boleh Ibadah. Inilah sememangnya apa yang kita mahukan di saat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Fitrah di mana semua orang tidak kira muslim atau bukan muslim mahukan iaitu nikmat kesihatan. Disaat kita bergembira untuk menyambut hari raya, masih ada yang terlantar di hospital akibat daripada kencing manis, darah tinggi, strok, masalah buah pinggang, masalah jantung dan bermacam-macam lagi. Oleh sebab itu, Rasulullah berpesan agar ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit,muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara
Walaubagaimanapun, Allah tidak mentakdirkan sessuatu itu tanpa ada hikmahnya, kerana kesakitan ini adalah ujian kepada hamba-hambanya yang dipilih dan mungkin juga untuk menyucikan dosa-dosa yang lalu.

Walau pun demikian, kita tidak seharusnya mengambil mudah dalam soal kesihatan ini. Penyakit kencing manis, jantung, buah pinggang, strok secara umumnya bukanlah datang dengan sendiri tanpa ada sebabnya, jika kita mengkaji tentang pesakit-pesakit ini mungkin kita tidak akan mengamalkan apa yang telah diamalkan sekian lama terutama dari segi makan dan cara hidup.

Maka saya menyeru agar kita semua termasuk saya, marilah kita berusaha sedaya upaya kita untuk mengikuti sunnah Rasulullah dalam penjagaan kesihatan ini. 

Untuk makluman semua, PUSAT RAWATAN IMAN AL HIJAMAHTaman Tas, Kuantan,(PRIA) akan mula beroperasi penuh pada 26 Julai 2015 (Ahad).

Untuk maklumat lanjut, tuan-tuan dan puan-puan boleh menghubungi saya di talian 019-9978427 (Asyraf)

Manakala di Pusat Operasi Bekam di Putrajaya masish dibuka untuk Sesi 6.00 petang dan 9.00 malam

Pusat Operasi Bekam Putrajaya : 6.00 ptg & 9.00 mlm
Pusat Rawatan Iman AlHijamah : 10.00pg-5.00ptg & 9.00mlm-11.00mlm

#PusatOperasiBekamPutrajaya
#PusatRawatanImanAlHijamah
#PRIA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

Trending Articles