Apakah Punca Bengkak Kaki | Cara Menangani Bengkak Kaki Di Kalangan Warga Emas | Bengkak kaki boleh terjadi di mana-mana bahagian kaki, termasuklah tapak kaki, buku lali, betis dan peha. Punca bengkak kaki kronik ini adalah rumit dan berbagai-bagai faktor yang boleh menyebabkan terjadinya pembengkakkan kaki. Pesakit yang mengalami bengkak kaki kronik boleh menyebabkan tekanan psikologi dan mungkin mempunyai masalah untuk bergerak. Strategi rawatannya ialah untuk mengawal kebengkakkan dan mengurangkan masalah yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti hidup.
Punca utama bengkak kaki di kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency). Keadaan ini melibatkan 30% daripada jumlah populasi.
Jenis pembengkakkan kaki bergantung kepada tempoh masa pembentukan edema iaitu :
- Edema akut à kurang 72 jam (3 hari)
- Edema kronik à lebih dari 72 jam
- Pembengkakkan kaki / edema dihasilkan oleh :
- Pengumpulan cecair (penyimpanan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu)
- Inflamasi atau kecederaan tisu atau sendi
- Pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai peripheral oedema.
Punca-punca penyebabnya seperti berikut :
- Kegagalan ginjal/ buah pinggang secara akut / kronik
- Penyakit tisu jantung (cardiomyopathy)
- Pembuluh darah kurang berfungsi yang kronik (chronic venous insufficiency)
- Kegagalan jantung
- Sistem limfa yang tersumbat (lymphedema)
- Penyakit buah pinggang (Nephrotic syndrome)
- Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs/ NSAIDs), contohnya : ibuprofen Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
- Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)
2. Pembengkakkan kaki mungkin disebabkan tindakbalas sistem pertahanan badan terhadap inflamasi tisu di kaki
- Bengkak kaki berkaitan dengan inflamasi biasanya mempunyai kesakitan Faktor–faktor yang boleh menyebabkan inflamasi di kaki ialah :
- Tendon Achilles yang terputus / cedera
- Koyak anterior cruciate ligament ( ACL) pada lutut
- Patah tulang kaki, betis atau buku lali
- Penyakit gout (sakit sendi disebabkan uric acid berlebihan)
- Infeksi atau luka pada kaki
- Bursitis lutut ( inflamasi kantung air dalam sendi lutut)
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis (inflamasi sendi)
- Lutut yang terseliuh
Pengambilan kronologi penyakit adalah penting untuk mengetahui punca kaki bengkak.
Pemeriksaan Fizikal : Elemen yang penting dalam pemeriksaan fizikal termasuk :
Penulis : Dr. Sanidah bt. Md. Ali
- Elemen yang penting dalam pengambilan kronologi penyakit termasuklah:
- Berapa lamakah pembengkakan kaki itu berlaku?
- Akut atau kronik . Jika akut, kemungkinan berpunca daripada ‘deep vein thrombosis’
- Adakah edema itu sakit?
- Deep vein thrombosis dan reflex sympathetic dystrophy biasanya sakit
- Kronik venous insufficiency biasanya sakit sedikit
- Lymphedema yang tiada sakit
- Apa jenis ubat-ubatan yang diambil?
- Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kaki bengkak adalah : calcium channel blocker,b-blocker, prednisolone, anti- inflammatory , hormone progesterone, estrogen, testosterone
- Adakah sejarah penyakit sistemik?
- Penyakit jantung, hati atau buah pinggang
- Adakah sejarah barah pelvik atau abdomen dan menjalani rawatan radiasi?
- Barah rahim, barah usus dan lain-lain lagi
- Adakah edema itu bertambah baik pada waktu malam?
- Venous edema akan berkurangan pada waktu malam
- Adakah sejarah berkaitan dengan sleep apnea?
- Sleep apnea akan menyebabkan pulmonary hypertension, punca utama kaki bengkak
- Body mass index (BMI) – Kegemukan berkait rapat dengan sleep apnea dan venous insufficiency
- Lokasi kaki bengkak :
- Kaki bengkak pada sebelah sahaja - punca setempat contohnya deep vein thrombosis,venous insufficiency
- Kaki bengkak pada kedua-dua belah - punca setempat atau penyakit sistemik, contohnya kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang
- Bengkak pada keseluruhan badan – penyakit sistemik
- Kesakitan bila disentuh – deep vein thrombosis, cellulitis
- Bengkak berlekuk bila ditekan (pitting) – deep vein thrombosis dan venous insufficiency. Myxedema dan lymphedema yang teruk biasanya bengkak tidak berlekuk bila ditekan -
- Varicose veins – pesakit dengan venous insuffiency selalu mempunyai salur darah bergumpul-gumpul di kaki
- Tanda Kaposi-Stemmer – tidak boleh mencubit kulit pada permukaaan dorsal jari kaki kedua
- Perubahan kulit – hemosiderin berwarna coklat berkumpul di bahagian kaki bawah dan buku lali. Ini konsisten dengan penyakit venous insuffiency
- Tanda-tanda penyakit sistemik :
- Kegagalan jantung – saluran darah jugular mengembang, paru-paru berbunyi
- Penyakit hati – air terkumpul di ruang perut (ascites), jaundis.
KOMPLIKASI
- Tidak boleh bergerak disebabkan oleh kaki bengkak
- Deformiti kaki
- Bengkak kaki yang kronik akan menyebabkan perubahan pada kulit dan senang mendapat infeksi kulat dan bakteria
- Menurunkan kualiti hidup
RAWATAN
Jika punca kaki bengkak tidak diketahui, beberapa uji kaji patut dilakukan :
- Complete blood count
- Urinalysis - Fungsi buah pinggang dan elektrolit
- Paras gula dalam darah
- Fungsi tiroid - Fungsi hati
- Punca jantung - ECG, Echocardiogram, x-ray dada.
- Edema akut (< 72 jam) - pemeriksaan doppler.
- Nephrotic syndrome - ujian lemak dalam darah dan uji kaji asas.
- Ujikaji pengimejan lymphoscintigraphy - untuk membezakan lymphedema daripada venous edema dan untuk mengetahui punca lymphedema.
Contohnya :
1. Acute deep vein thrombosis – dirawat dengan low – molecular weight heparin
2. Venous insufficiency – keadaan kronik yang dirawat dengan meninggikan kaki dan penggunaan sarung kaki panjang. Tujuan utamanya untuk membantu mengurangkan bengkak dan mengekalkan bentuk kaki kepada bentuk asal supaya tidak berlaku pengumpulan cecair.
3. Lymphedema – rawatan yang tidak spesifik termasuklah senaman, meninggikan kaki, com pressive garments dan manual pengaliran limfa
PENCEGAHAN
- Rawat punca penyebabnya sebelum bengkak kaki terjadi
- Nasihat, informasi dan pendidikan kesihatan kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan awal jika berlaku kaki bengkak
- Petua- petua yang boleh diikuti untuk mengurangkan kaki bengkak :
- Letakkan bantal di bawah kaki apabila berbaring, ini akan mengurangkan bengkak kaki disebabkan pengumpulan cecair
- Jika memerlukan waktu yang panjang untuk duduk atau berdiri, luangkan masa untuk rehat seketika dan bergerak di sekeliling kecuali pergerakan itu menyebabkan kesakitan.
- Jangan sesekali memberhentikan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor sebelum memberitahu mereka walaupun ubat itu menyebabkan kaki bengkak
- Tujuan utama menjalankan senaman dalam kes bengkak kaki kronik adalah untuk meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dan seterusnya menambah baik perjalanan aliran saluran limfa dan pembuluh darah
- Memerlukan nasihat/ bantuan terapi pulih anggota dan pulih cara kerja.
- Program senaman adalah secara individu/bersendirian
Penulis : Dr. Sanidah bt. Md. Ali
______________________________________________
TEMUJANJI BEKAM & URUT DI PUTRAJAYA
22 & 23/7/2015 (Sesi 6.00 ptg & 9.00 mlm di PUTRAJAYA)
Hubungi saya segera : 0199978427 (Asyraf Bekam Ke Rumah)